17 September 2012

Kelebihan Membaca Surat Yassin

 

# Ayat 1- 9 : Untuk keselamatan diri.

# Ayat 9 : Supaya orang jahat terutama orang kafir tak boleh nampak kita dan keluarga. Bermula daripada ayat 'WAJA'ALNA...'
• Untuk lindungi rumah dari pencuri - baca & tiup di setiap penjuru rumah.
• Melindungi diri daripada dianiayai.
• Perlindungan diri dan rumah semasa tidur.
• Baca ayat 9, Fatihah, 3 Qul (3 kali setiap surah) dan Ayat Kursi

# Ayat 12 : Jantung Yasin dan Rasulullah s.a.w berharap ayat ini dihafal setiap mukmin dan mukminat.

# Ayat 13 - 35 : Menceritakan tentang orang-orang yang mati syahid.

# Ayat 22 - 23 : Bagi menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak.

# Ayat 29 : Amalan untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut.

# Ayat 30 : Untuk keinsafan dan supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.A.W (perlu sentiasa beramal dengan ayat ini di dalam hati).

# Ayat 32 :  Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.

# Ayat 33 - 35 : Amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam supaya tanaman subur.

# Ayat 36 : Menerangkan tentang kehidupan di dunia yang dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya ialah baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. Bermula ayat 'Subhanallazi...' kemudian tiup 7 kali pada tapak tangan dan sapu ke muka pada pagi hari.

# Ayat 37 : Untuk menetapkan aqidah dalam diri sendiri dan menghidupkan semula hati yang lalai.

# Ayat 38 : Menceritakan tentang bulan dan matahari pun sujud kepada Allah s.w.t yang Maha Esa.

# Ayat 39 : Mengisahkan tentang ilmu falak atau astronomi.

# Ayat 40 : Ayat penegasan menyatakan bahawa Allah s.w.t adalah Maha Esa dan Maha Tunggal.

# Ayat 41 : Kisah Nabi Nuh a.s. menaiki kapal dan elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

# Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia dan dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

# Ayat 45-48 : Menceritakan kisah kedegilan orang kafir kepada Allah dan Rasul-Nya.

# Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya yang bermula dengan tiupan pertama datang dengan tiba-tiba, tiupan kedua yang menghancurkan, dan tiupan ketiga yang menghidupkan semua makhluk untuk hadir di padang mahsyar.

# Ayat 50 : Peringatan tentang setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

# Ayat 58 : Adalah salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca, sapukan ke kepala dan ulang sebanyak 3 kali. Bermula ayat 'Salamun...' dan pegang di tempat yang sakit.

# Ayat 76 : Untuk mententeramkan diri daripada fitnah orang.

# Ayat 76 : Menghilangkan rasa sedih, sebak atau kecewa. Bacalah ayat bermula 'Falayahzun...' sambil letak tangan di dada.

# Ayat 78-79 : Khas untuk sakit urat, tulang dan badan, sakit sendi, dan patah tulang. Doa bermula daripada ayat 'Yuhyil Wahiya' yang bermaksud: "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur'.

# Ayat 79 : Maksud ayat 'katakanlah yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali, dan dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk'.

# Ayat 82 : Jika berhajat sesuatu, bacalah ayat yang bermula dengan 'Innama Amruhu' 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari dan insya Allah boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan sehingga 40 hari.

27 March 2012

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

suami&isteri



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)
17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.
18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”
21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


27 February 2012

S.A.B.A.R

Apa makna SABAR bagi Anda semua...



  • Menurut Kamus Dewan, sabar bermaksud kita betah menahan penderitaan (kesakitan, kesusahan dan lain-lain), tidak lekas marah atau putus asa, tidak terburu-buru serta tenang.


  • Menurut syariat Islam, Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa.

Selagi kita mempunyai iman yang teguh segalanya dapat diatasi, walau payah, sukar mahupun berat.. kesabaran menguji keimanan kita. Tetapi sampai bila harus kita bersabar???? sampai bila...  
kita hanya manusia ada kalanya kesabaran kita rapuh dengan keadaan persekitaran kita. Entah sampi bila aku boleh bersabar dengan jalan cerita yang aku pilih sendiri... 


"" KITA BERHAK MEMBUAT PILIHAN, TETAPI KITA TIDAK BOLEH LARI DARI KETENTUAN ILAHI """



23 February 2012

Matawang Asing

Dinar Iraq :::: IQD

Sebelum Perang Teluk, Dinar Iraq bernilai USD3.22 bagi setiap 1 Dinar (USD$3.22 = IQD1.00). ketika itu Saddam memerintah, dengan hutang yang banyak dan simpanan yang sedikit, itu pun jika ada.
Sekarang anda boleh membeli IQD41,800 wang Dinar Iraq yang baru hanya sekitar RM760. Sebab terjadinya keadaan ini adalah nilai IQD masih belum ditentukan oleh bank dunia.
Tahukah anda bahawa Dinar Kuwait bernilai setinggi USD3.00 sebelum Perang Teluk. Sebaik sahaja selepas perang, Kuwait mencetak wang kertas baru dan Bank Dunia
meletakkan nilai USD0.10 bagi setiap Dinar Kuwait. Kini nilai itu kembali ke tahap USD3.49.
Bayangkan jika anda telah membeli $1,000 Dinar Kuwait, anda akan memiliki USD34,900 @ RM129, 130 pada hari ini!
Jika anda membuat kajian, anda akan dapati setiap kali konflik besar akan dituruti oleh kejatuhan matawang sesebuah negara. Matawang juga akan kembali melonjak apabila negara itu bangun dari kehancuran akibat peperangan.
Hari ini Iraq sedang aktif membina kembali simpanan rezab asingnya. Ini adalah kunci kepada kekuatan tukaran asing sesuatu matawang. Langkah pertama mereka ialah mendepositkan USD5 bilion dengan Perbendaharaan Amerika, membolehkan Iraq menikmati pulangan melebihi USD150 juta setahun.
Jumlah hutang Iraq kepada dunia semakin mengecil. Amerika Syarikat sendiri telah melupuskan semua hutang Iraq sama ada hutang sebelum perang atau pun hutang selepas perang. Perjanjian Paris juga menyaksikan kebanyakan negara termasuk Rusia telah melupuskan 85% hutang Iraq kepada mereka.
Iraq bukan hanya kaya dengan sumber asli minyak dan gas. Kedudukannya yang strategik, mengalir antaranya dua sungai penting, Tigris dan Euphrates, membentuk tanah luas yang subur. Pelaburan dalam bidang pertanian semakin bercambah menyebabkan Iraq disebut-sebut sekali lagi sebagai “Periuk Nasi” Timur Tengah.


::::: pemahaman disini ::::

negara iraq akan di susun semula oleh Perdana Menterinya bersama barisan kabinet. secara tak lansung iraq akan maju sama seperti ketika pemerintahan Saddam Hussin. Irqa merupakan salah satu pengeluar minyak dan gas terbesar didunia.. Harga minyak di dunia semakin meningkat disebabkan sekatan ekonomi yang berlaku terhadam dua buah negara iaitu iran dan syria. ini membolehkan nilai matawang iraq kan naik melonjak sehingga 1 dinar iraq = 3.4 us dollar = 14 ringgit malaysia.. pada masa ini ramai pembeli telah membeli dinar iraq untuk dijadikan pelaburan.

harga bagi dinar iraq

IQD 25000 = RM 150.00
IQD 10000 = RM 80.00
IQD 5000 = RM 40.00
IQD 1000 = RM 25.00
IQD 500 = 3.50

JIKA :::::

anda membeli RM 40.00 anda mendapat IQD 5000..
jika ini berlaku ada tukar matawang anda dengan ringgit malaysia

cth :: 

IQD 5000 x 3.4 US dollar       atau     IQD 5000 x RM14

fikir fikirkanlah... dengan hanya modal RM 40 ringgit sahaja...

Bismillah 6

Translate rumi :::::


1. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.

2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.

3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.

4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.

5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.

6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.

Khasiat Bismillah 6 :::::


  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
 Yang Baik Kita Kongsi Bersama
copyright_2012 riezman

01 January 2012

Solat Tiang Agama..

SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


RINGKASAN KELEBIHAN SUNAT DHUHA

1. Barangsiapa yang solat Dhuha 2 rakaat - ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah

2. Barangsiapa yang solat Dhuha 4 rakaat - dia daripada orang-orang yang suka beribadat

3. Barangsiapa yang solat Dhuha 6 rakaat - dia akan dicukupkan baginya pada hari tersebut

4. Barangsiapa yang solat Dhuha 8 rakaat - Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat

5. Barangsiapa yang solat Dhuha 12 rakaat - Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...