01 January 2012

Solat Tiang Agama..

SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


RINGKASAN KELEBIHAN SUNAT DHUHA

1. Barangsiapa yang solat Dhuha 2 rakaat - ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah

2. Barangsiapa yang solat Dhuha 4 rakaat - dia daripada orang-orang yang suka beribadat

3. Barangsiapa yang solat Dhuha 6 rakaat - dia akan dicukupkan baginya pada hari tersebut

4. Barangsiapa yang solat Dhuha 8 rakaat - Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat

5. Barangsiapa yang solat Dhuha 12 rakaat - Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...