17 September 2012

Kelebihan Membaca Surat Yassin

 

# Ayat 1- 9 : Untuk keselamatan diri.

# Ayat 9 : Supaya orang jahat terutama orang kafir tak boleh nampak kita dan keluarga. Bermula daripada ayat 'WAJA'ALNA...'
• Untuk lindungi rumah dari pencuri - baca & tiup di setiap penjuru rumah.
• Melindungi diri daripada dianiayai.
• Perlindungan diri dan rumah semasa tidur.
• Baca ayat 9, Fatihah, 3 Qul (3 kali setiap surah) dan Ayat Kursi

# Ayat 12 : Jantung Yasin dan Rasulullah s.a.w berharap ayat ini dihafal setiap mukmin dan mukminat.

# Ayat 13 - 35 : Menceritakan tentang orang-orang yang mati syahid.

# Ayat 22 - 23 : Bagi menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak.

# Ayat 29 : Amalan untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut.

# Ayat 30 : Untuk keinsafan dan supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.A.W (perlu sentiasa beramal dengan ayat ini di dalam hati).

# Ayat 32 :  Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.

# Ayat 33 - 35 : Amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam supaya tanaman subur.

# Ayat 36 : Menerangkan tentang kehidupan di dunia yang dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya ialah baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. Bermula ayat 'Subhanallazi...' kemudian tiup 7 kali pada tapak tangan dan sapu ke muka pada pagi hari.

# Ayat 37 : Untuk menetapkan aqidah dalam diri sendiri dan menghidupkan semula hati yang lalai.

# Ayat 38 : Menceritakan tentang bulan dan matahari pun sujud kepada Allah s.w.t yang Maha Esa.

# Ayat 39 : Mengisahkan tentang ilmu falak atau astronomi.

# Ayat 40 : Ayat penegasan menyatakan bahawa Allah s.w.t adalah Maha Esa dan Maha Tunggal.

# Ayat 41 : Kisah Nabi Nuh a.s. menaiki kapal dan elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

# Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia dan dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

# Ayat 45-48 : Menceritakan kisah kedegilan orang kafir kepada Allah dan Rasul-Nya.

# Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya yang bermula dengan tiupan pertama datang dengan tiba-tiba, tiupan kedua yang menghancurkan, dan tiupan ketiga yang menghidupkan semua makhluk untuk hadir di padang mahsyar.

# Ayat 50 : Peringatan tentang setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

# Ayat 58 : Adalah salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca, sapukan ke kepala dan ulang sebanyak 3 kali. Bermula ayat 'Salamun...' dan pegang di tempat yang sakit.

# Ayat 76 : Untuk mententeramkan diri daripada fitnah orang.

# Ayat 76 : Menghilangkan rasa sedih, sebak atau kecewa. Bacalah ayat bermula 'Falayahzun...' sambil letak tangan di dada.

# Ayat 78-79 : Khas untuk sakit urat, tulang dan badan, sakit sendi, dan patah tulang. Doa bermula daripada ayat 'Yuhyil Wahiya' yang bermaksud: "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur'.

# Ayat 79 : Maksud ayat 'katakanlah yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali, dan dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk'.

# Ayat 82 : Jika berhajat sesuatu, bacalah ayat yang bermula dengan 'Innama Amruhu' 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari dan insya Allah boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan sehingga 40 hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...