25 November 2011

mEmaNcinG Di PaNtaI...




1. Antara umpan yang boleh digunakan untuk memancing di pantai adalah seperti berikut:-

a) udang segar - hidup lagi baik
b) perumpun
c) hirisan ikan - kembung, selayang, selar
d) sotong pasar
e) sotong kurita
f) anak ikan belanak
g) ketam angin atau ketam batu
h) roti untuk umpan belanak besar
i) roti canai / daging ayam untuk ikan kuku
j) siput, kupang, kerang dan isi cengkerang lain

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak balingan. Pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika dilontar. Ini untuk mengelakkan hujung joran dapat bertahan. Selalunya batu bersaiz 8 hingga 12 digunakan. Pilihlah batu yang lonjong memanjang untuk mengurangkan rintangan angin dan arus.

3. Perambut bolehlah bermula dari 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, mata kail, kekuatan kekili dan kekuatan joran. Panjang perambut adalah antara 1 hingga 2 kaki. Jika memancing bebulus perambut kekuatan 12 dan panjang setengah kaki paling sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika air kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (air yang terlalu jernih...ikan kurang galak).

5. Waktu terbaik untuk pancingan pantai ialah ketika air pasang penuh. Ketika ini ikan akan rapat ke pantai. Sebelah malam ........... ikan lebih aktif memakan umpan daripada siang. Kesimpulannya waktu yang paling sesuai adalah lewat petang hingga sebelum terbit fajar.

6. Penggunaan joran yang panjang adalah satu kelebihan semasa memancing di pantai. Lontaran yang jauh lebih mendatangkan hasil.

Selamat memancing.

15 November 2011

wuduk air kolah

UKURAN KOLAH


 
Ukuran kolah amat penting bagi memastikan wudhuk yang kita ambil adalah sah iaitu daripada air mutlak. Kolah yang tidak mengikut sukatan yang betul, tidak sah digunakan untuk berwudhuk kerana ia dikategorikan sebagai air musta'mal.

Ukuran Kolah adalah seperti berikut ;

1.   Isi kandungan air bersamaan dengan 230 liter @ 13 tin minyak tanah dan ada pendapat menyatakan 10-15 tin atau 270 liter. 
     
       2 kolah = 195.13kg.
                       500 kati Baghdad
                       446 3/7 kati Mesir
                       81 kati Syam (1 kati Syam = 2 1/2 kg)
2.   Saiz kolah hendaklah ;
      a)  Kolah Bulat
           Luas    : 1'6" @ 45cm
           Dalam :  3'9" @ 115cm
     b)  3 segi
           Luas   : 2'3" @ 69cm
           Dalam : 3'9" @ 92.5cm
    c)   Segiempat tepat
          Luas    : 1'10.5" @ 56.25cm
          Dalam  : 1'10.5" @ 56.25cm

  
 



Maklumat lanjut : rujuk m/s 106 jilid 1, Fiqh dan Perundangan Islam (terjemahan al-Fiqh Wa Adilatuhu) - Dr. Wahbah al-Zuhaili (DBP)


14 November 2011

Sekadar Corentan

 
                                 Satu hal yang membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG,
Satu hal yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH, 
Satu hal yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA, 
Satu hal yang membuat kita MAJU adalah USAHA, 
Satu hal yang membuat kita KUAT adalah DOA
 ... ...

Jadi agar hari ini lebih INDAH..
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada sesama..
Bersahabat dengan MASALAH..
Tidak PUTUS ASA dan terus BERUSAHA..
dan selalu BERDOA kepada yang Maha Kuasa...
 

11 November 2011

Makbulnya doa diantara dua khutbah


Mungkin anda semua mempunyai impian yang masih tidak terlaksana. Kita semua pernah dengar daripada ibubapa, kawan-kawan, ustaz-ustaz dan sebagainya tentang makbulnya doa diantara dua khutbah.

Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya, benarkah?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.



Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud,  

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”  

Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.


Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

_Selamat Beramal_

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...